TERIMA KASIH Segamat



Terima Kasih Team Talib 2020
ORTHOKKM HOSPITAL SEGAMAT
(Terutamanya WARD 7 DAN 8,KLINIK PAKAR 4 DAN DEWAN BEDAH)

Buat saudaraku sekalian,
rakan seperjuangan,
HOD kesayangan aku jua semuanya,
para pakar, rakan Medical Officer satu jabatan dan jabatan lain,
Houseman Officer yang jenuh melaksanakan tugas dan menimba ilmu,
staff nurses (juga sister dan matron) yg 
sentiasa menjadikan perancangan para doktor tercapai dengan baik dan memastikan pesakit dalam keadaan optimum, para medical assistant yg turut meringankan tugas kami,
Staff klinik KP4 yg ramah,mesra,bertanggungjawab dan setiakawan,
staff OT yg tidak jemu membantu,penyabar dan tenang dengan kerenah,
ahli Farmasi yg sering memberi nasihat dan cadangan dalam rawatan pesakit,
radiographer yg tidak pernah berpisah dengan ortho team,
staff-staff sokongan PPK dan yg lain yg banyak membantu dalam perjalananku di sini.

TERIMA KASIH.
Berjuta penghargaan buat kalian.
Semoga Tuhan membalas ikhlas baiknya jasa kalian.

MOHON KEMAAFAN tulus dari jiwa hamba  yg lemah ini dalam melaksanakan AMANAH atas kekasaran,ketegasan dan amarah yg membuatkan kalian marah,sakit hati,menangis  mahupun berdendam.
Sesungguhnya,aku juga manusia yg sensitif juga memahami erti setiap tindakan yg agresif bakal mengundang persekitaran yg tidak sihat.
Namun,mengertilah setiap apa yg aku lakukan, lihatlah dari sudut yg luar dari pandangan biasa kalian,pandangan yg lebih positif dan produktif.
Dalam dunia perubatan, ia umpama berperang, kecuaian dan sambil lewa kita hanya membuatkan nyawa pesakit kita melayang. Setiap hari, attitude kita bekerja ini  menjadi penentu setiap nyawa pesakit yg mereka pertaruhkan pada kita.

Buat para junior(HO,MO atau sesiapa sahsja), mohon maaf atas ketegasan dan kerasnya aku dalam berurusan dengan kalian. Jika bukan kerana AMANAH untuk memberi bimbingan, pasti aku tidak mahu memilih menjadi insan yg digeruni malah dibenci oleh sesiapa.

Akhir kata, 
nilaian pengalaman aku di Hospital Segamat ini,sungguh bermakna dan sungguh indah,
ilmu,pengalaman dan persaudaraan yg banyak memgajar aku menjadi seorang manusia yg lebih baik.
InshaAllah, akan kulanjutkan jasa dan bakti kalian di sini untuk dibawa ke suatu arena yg lebih mencabar buatku pada masa hadapan.

Buat Bos Talib,
insan hebat,tawadhuk dan penyayang,
contoh pemimpin yg sangat berwibawa,
adil dan saksama,
tegas dan berdedikasi,
sedia bekorban dan pemurah,
meski jauh perjalananmu setiap hari menyumbang bakti,
pulangmu pula  bertemankan malam,
sentiasa aku tertanya, di mana waktu rehatmu?
Meski pertanyaan ini,sukar berjawab,
kuharap, masa untuk dirimu,ditunaikan tika Tuan kembali ke arena yg lebih layak buatmu tidak lama lagi.
Semoga kami bisa mencontohi akhlak dan ikhlas tuan dalam memikul AMANAH ilahi.



Salam perpisahan.
Perjalanan ini adalah pengorbanan dan ibadath untuk kita menjadi lebih baik dari semalam.

Ukhwah Selamanya.

Assalamua'laikum.


"Doakan kejayaan kita bersama mencapai matlamat yg kita impikan di dunia mahupun akhirat."

tronx013







SUNGGUH PERJALANAN INI ADALAH AMAT LUAR DARI KEBIASAANKU.

BELIAU BERPESAN..pastikan your Mind+heart+strength at your optimum level, to achieve your target.

....Allahurabbi..
Ini adalah takdirMu atas doa dan harapan semua yg memohonnya.
Kini aku melangkah ke arena yang aku sendiri berasa gerun dan bergantung harap padaMu.






SURAT BUAT ORTHOKKM SEGAMAT

IDOLA (AP View n during makan time)





Jamuan ni diuruskan oleh Dr Fazreen.. aku xnak sebenarnya sebb aku xsuka perpisahan...xsuka diraikan...haha
cuma kehadiran aku sebagai penghormatan terakhir buat semua di sini.
sorry and thanks



ward 7

ward 8




HUHU...selfie terakhir di Segamat

 




SELAMAT BERMUSAFIR WAHAI DIRIKU....



Comments

Popular posts from this blog

Khamis,Oct 22 :kerja amal

BSE exam yang mengerikan buat aku.....

Week2 _Januari 2021 : Bermulanya MCO 2.0